Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.<br /><br />Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang telah dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.
